Apa nak buat lagi masa PKP ni?
.
Saya sejak PKP ni, memang sibuk..
Sibuk kemas rumah, layan Fateh yang sedang membesar dan memasak.
.
saya amat gembira apabila sudah dapat vaksin dos pertama. Tapi ada dikalangan kita masih tak mahu divaksin kerana memberi alasan dengan saya bahawa makan Habbatussauda sahaja sudah mencukupi.
.
saya hormati mereka yang tak mahu vaksin, terpulang pada empunya badan. tapi mereka juga perlu hormati orang yang ingin vaksin.
.
saya memang sudah lama makan minyak zaitun, habbatussauda, madu, telur, nasi , ulam, sambal belacan, .. semuanya halal.. selpas syahadah.
.
sebelum syahadah, tak kira semua sy makan, Islam mengajar untuk kita memilih makanan yang bersih, halal, sihat dan tidak berlebih-lebihan.
.
makan terlalu banyak dan tidak bersenam juga tidak elok untuk kesihatan kita.
.
Bercakap pon bila perlu sahaja. terlalu banyak bercakap pon boleh menjadi racun tanpa sengaja.
.
Islam mengajar saya bersederhana dalam semua perkara. kita doa, usaha dan tawakkal.
.
اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ
Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.
Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)
.
Senyum selalu
selalu bersangka bik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie